Friday, September 11, 2009

MY beloved..


ha...klu nk tahu...ni la makhluk yg aku syg..

Monday, September 7, 2009

meniti kehidupan...

  • SEKOLAH MENEGAH AGAMA MAHMUDIAH, KUALA BERANG
  • time ni form 5 rasenya..lupa..
  • cikgu pon lupa namanye..tua dh
  • aku..hehehe



  • SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TERSAT
  • berada di darjah 2M
  • bersama ngan cikgu Adnan Musa
  • yang mn satu aku ek







komunikasi dan anda

Pengaruh Televisyen 'kajian'

Percubaan untuk memahami dan mengenalpasti bagaimana kanak-kanak dan remaja mendapat kesan daripada media,terutamanya rancangan keganasan ,telah diperkuatkan lagi pada tahun 1960an dan pada awal 1970, kesan daripada kesedaran Negara,berhubung dengan punca keganasan dunia sebenar.Tahun-tahun 60-an mungkin akan diingati oleh ahli sejarah sosial sebagai dekad keganasan disebabkan oleh huru-hara di kota,pertambahan kadar keganasan jenayah, bantahan umum terhadap perang Vietnam, masalah perkauman dan sebagainya.(Melvin L.D Fleur &Sandra Ball-Rokeach,258)

Dalam hal ini,televisyen dikatakan antara media yang paling berpengaruh dalam mempengaruhi tingkah laku audien.Terdapat alasan yang kukuh mengapa televisyen telah menarik perhatian umum lebih daripada media massa yang lain.Sejarah telah membuktikan bahawa bantahan awam yang bertujuan untuk menentang kesan buruk yang dikaitkan dengan kandungan media yang ganas telah diadakan.Garbner dan rakan-rakannya dalam kajiannya telah mengkaji kandungan televisyen selama beberapa minggu.Beliau telah mengkategorikan kandungan media itu dengan mengatakan bahawa 70% daripada waktu utama dan 92% rancangan hiburan kanak-kanak sebagai program yang berunsurkan jenayah.

Di sini kita telah membuktikan bahawa terlalu banyak rancangan yang berunsurkan keganasan telah menjadi paparan utama media pada ketika itu.Suruhanjaya kerajaan telah meminta sainstis sosial supaya menyusun kajian teoritis dan empiris yang ada untuk melihat kesimpulan yang boleh dibuat tentang keganasan media.Sainstis sosial juga telah mengerakkan penyelidikkan,yang boleh menyediakan pemikiran baru dalam perhubungan antara media keganasan dan dunia sebenar.Hasil usaha ini dibentangkan secara menyeluruh oleh dua suruhanjaya kebangsaan berhubung tentang kesan media,pencegahan keganasan dan laporan Surgeon General(NIMH) terhadap tigkah laku sosial dan televisyen.

Keganasan yang ditimbulkan oleh media telah menyebabkan kemunculan teori-teori yang telah menjadi asas dalam penyelidikkan yang mempengaruhi keganasan di media.Teori-teori ini telah berkembang daripada perspektif umum tentang cara orang ramai menghadapi dan menggunakan media massa.Dalam hal ini,kanak-kanak dan remaja dikatakan lebih mudah terpengaruh dengan kandungan media yang berunsurkan keganasan.Bukti penyelidikkan ini telah menyebabkan kemunculan teori-teori seperti kesahan katarsis ,kiu agresif,pembelajaransecara pemerhatian,penguatkuasaan dan teori pengolahan.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang meragui unsur-unsur keganasan yang ditonjolkan oleh media.Bagi mereka keganasan yang dipaparkan oleh media akan memberi kesan terhadap kanak-kanak dan remaja.Dalam hal ini,kita sedia maklum bahawa kebanyakkan masa kanak-kanak dihabiskan untuk menonton rancangan perlawanan bertumbuk,perlawanan bertembak dan jenayah pada setiap minggu.Kemungkinan rancangan ini akan mengajar kanak-kanak terhadap tingkah laku yang agresif.

Kita telah dapati bahawa kanak-kanak yang biasa melakukan perbuatan jahat selalunya suka menonton rancangan-rancangan jenayah dan adegan-adegan perlawanan.Ada juga bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang bertindak agresif dengan meniru adegan-adegan tersebut di dalam media seperti televisyen sewaktu perlawanan itu berlangsung.Ada juga bukti yang menunjukkan kanak-kanak dan remaja biasa berbuat jahat apabila mencontohi jenayah-jenayah yang mereka pernah lihat di televisyen.

Pengkajian yang telah dilakukan sebelum ini,mungkin menunjukkan bukti ini adalah benar.Satu daripada kajian yang dibuktikan oleh Ivan Lovass yang ingin mengetahui samaada kartun-kartun yang mementingkan perlawanan bertarung akan menjadikan kanak-kanak lebih agresif atau tidak.Beliau telah menayangkan sebuah rancangan yang bersifat agresif kepada satu kumpulan kanak-kanak dan sebuah rancangan yang tidak agresif kepada satu kumpulan kanak-kanak yang lain.Sesudah sahaja rancangan tersebut ditamatkan,setiap orang kanak-kanak diberikan dua jenis barang permainan.Satu daripada barang permainan tersebut adalah bersifat agresif dan satu lagi bahan mainan tersebut tidak bersifat agresif.

Barang mainan yang bersifat agresif ialah dua buah patung yang boleh memukul antara satu sama lain apabila kunci digerakkan manakala barang permainan yang bersifat tidak agresif ialah anak patung yang boleh bergerak tetapi tidak memukul antara satu sama lain.Kanak-kanak yang menonton rancangan kartun yang bersifat agresif telah menunjukkan mereka lebih meminati barang permainan yang agresif manakala kanak-kanak yang menonton rancangan yang tidak agresif telah memilih barang mainan yang tidak agresif.Dalam hal ini,didapati bahawa rancangan-rancangan agresif memanglah akan membangkitkan perasaan agresif dalam jiwa kanak-kanak kerana ia akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak tersebut.

Keputusan yang sama telah dihadapi oleh Bandura dan Ross.Penyelidikan-penyelidikan yang telah mereka jalankan dengan menayangkan sebuah filem kepada sekumpulan kanak-kanak.Di dalam filem ini,ia mengandungi adegan seorang dewasa sedang memukul dan menyepak sebuah patung ‘bobo’.Patung ini menyerupai sebuah belon besar yang boleh dikatakan seperti bag latihan menumbuk.Sekumpulan kanak-kanak yang telah dikawal oleh individu lain tidak dibenarkan untuk menonton filem ini.Untuk memperoleh mutu kajian yang berkesan,Bandura dan Ross telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa marah.Selepas itu,mereka telah dibawa seorang demi seorang ke dalam sebuah bilik di mana terdapat patung bobo dan juga barang permainan yang lain.Kanak-kanak yang pernah menonton filem tersebut terus melakukan apa yang mereka telah lihat dalam filem tersebut.Mereka telah menyepak dan memukul patung tersebut.Kanak-kanak yang tidak menonton filem tersebut tidak melakukan perkara tersebut.

Bagi ahli kartasis,pendapat mereka sedikit berbeza berbanding dengan pendapat individu yang lain.Mereka menggangap apabila menonton kandungan televisyen yang ganas,ia menyediakan khalayak dengan pengalaman agresif itu sendiri.Ia menjadi alat untuk melegakan perasaan kebencian dan kekecewaan.Ini bermakna,apabila seseorang kanak-kanak menonton watak cerita sebagai perisik atau penyiasat,mereka seolah-olah turut mengambil bahagian agresif sebagai watak tersebut.Ini mengurangkan keperluan mereka untuk terlibat secara terbuka dalam tindakan agresif.Ramalan yang asas dibuat menurut teori kartasis adalah pendedahan kepada kandungan televisyen yang berunsurkan keganasan akan mengurangkan kemungkinan tingkah laku ganas dalam kehidupan sebenar kanak-kanak dan remaja tersebut.

Namun begitu bagi Fesbach dan Singer telah mengutarakan pendapat mereka bahawa keganasan dalam rancangan tevisyen mungkin mempunyai kesan yang lebih penting bagi kelas bawahan jika dibandingkan kepada anggota khalayak kelas pertengahan.Alasan mereka adalah berdasarkan latihan keluarga terhadap sosialisasi kanak-kanak dan remaja kelas pertengahan telah melengkapkan mereka dengan keupayaan untuk mengawal tingkah laku agresif.Namun begitu,berbeza dengan latihan keluaraga kelas bawahan yang dibentuk dengan tidak menyediakan mekanisma kawalan dalaman terhadap kanak-kanak dan remaja tersebut.Oleh itu,kanak-kanak daripada golongan bawahan akan lebih bergantung kepada kawalan luaran yang disediakan oleh media dengan menonjolkan adegan keganasan.

Menurut teori ini,keganasan televisyen akan memberi kesan yang lebih kepada kanak-kanak dan remaja dari golongan bawahan.Ini bermakna perbezaan individu menyebabkan tahap pengaruh dari media yang berunsurkan keganasan adalah berbeza.Hal ini disebabkan kanak-kanak daripada golongan pertengahan akan memperolehi pendidikan yang lebih sempurna terutamanya daripada ibubapanya berbanding dengan kanak-kanak dari keluarga pertengahan

Leonard Berkowitz merupakan orang yang mula-mula menerangkan tentang pendekatan kesan ransangan kepada kesan keganasan di media.Andaian ini mengatakan bahawa pendedahan kepada rangsangan agresif akan meningkatkan pula kemungkinan tingkah laku yang agesif.Hal ini kemungkinan akan mendorong kanak-kanak untuk bertingkah laku agresif apabila mereka menonton filem-filem yang berunsurkan keganasan.

Sebagai contoh,perlawanan tinju yang ganas dikatakan merangsangkan pergerakkan emosi yang membawa kepada tingkah agresif di pihak angota khalayak terutamanya kanak-kanak dan remaja.Keganasan secara sengaja bukan sahaja akan mengerakkan kanak-kanak secara fisiologi tetapi juga turut memandu ke arah gerak balas agresif.

Salah satu yang menghalang kanak-kanak dan remaja daripada berkemungkinan bersifat agresif ialah halangan kecenderungan agresif .Ini bermakna apabila gambaran watak ganas di televisyen boleh mempengaruhi rasa bersalah kanak-kanak dengan mengarahkan tumpuan mereka terhadap mangsa serangan keganasan.Ini dijangkakan dapat menghalang sikap agresif melalui rasa sensitive mereka melalui kesakitan dan penderitaan melalui gerak balas agresif mereka terhadap orang lain.

Teori kesan rangsangan berpunca secara teoritis daripada perbezaan individu dan juga paradigma kognitif.Perbezaan individu akan memberi kesan terhadap kemungkinan untuk sikap agresif berikutan tededah kepada rancangan televisyen yang berbentuk ganas.Perbezaan individu yang mungkin akan memberi kesan darjah yang berbeza terhadap penonton terutama kanak-kanak.Ini bermakna,bagi kanak-kanak atau remaja yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan keganasan sebelum ini,mereka tidak mempunyai gerakan emosi atau perasaan belas terhadap mangsa keganasan tetapi lebih cenderung kepada perilaku keganasan tersebut.Namun begitu,bagi kanak-kanak atau remaja,yang tidak mempunyai pengalaman peribadi dalam berhadapan dengan perilaku ganas,emosi mereka lebih terarah kepada mangsa keganasan.

Teori pembelajaran dan pengamatan atau kesan terhad pula telah dibentuk oleh bandura dan walters.Ia bersandarkan kepada andaian bahawa orang ramai boleh mempelajari tingkah laku agresif seperti yang digambarkan oleh media.dalam keadaan tertentu,Gambaran watak di media akan menjadi model tingkah laku bagi mereka.

Keganasan di media samaada di pancarkan di televisyen atau media-media yang lain akan meningkatkan kemungkinan sikap agresif kanak-kanak dan juga menyediakan watak ganas yang bertindak sebagai tingkah laku penonton.Asas proses pembelajaran mental kanak-kanak ialah mempelajari segala bentuk tingkah laku baru yang dikatakan beroperasi apabila kanak-kanak berada di hadapan peti televisyen dan menonton rancangan yang berunsurkan keganasan.

Oleh itu,kanak-kanak dan remaja tersebut juga mungkin mendapat pola kelakuan yang baru daripada memerhati aktiviti abang dan kakak mereka,,mereka mempelajari bentuk tingkah laku agresif yang baru melalui pemerhatian watak media yang ganas.Namun begitu ahli teori pembelajaran pemerhatian tidak sependapat bahawa kanak-kanak secara automatis akan melakukan tindakan agresif selepas mereka pelajari melalui media.

Tindakan ganas yang dipelajari seperti tingkah laku yang di pelajari dalam bilik darjah tidak akan diamalkan sehinggalah satu keadaan timbul yang mendesak tingkah laku yang dipelajari.kemungkinan aggota khalayak akan mempamerkan tingkah laku yang ganas yang dipelajari dari media disebabkan oleh factor seperti harapan untuk memberi pengajaran oleh orang lain bagi bertingkah laku sedemikian.

Keaadan yang dipersembahkan dalam gambaran televisyen tersebut menyebabkan kanak-kanak yang merima pendedahan tersebut dan mengharapkan sokongan sosial daripada penonoton-penonton yang lain supaya memuji tindakan ganas yang dipaparkan di televisyen tersebut.Teori pembelajaran pemerhatian adalah kes istimewa yang melibatka perbezaan individu dan turut meliputi espek kategori sosial dan perspektif perhubungan sosial

Sebagai contoh,kanak-kanak yang berada dalam keadaan sosial yang sebenar sama seperti dalam rancangan televisyen yang digambarkan oleh televisyen ,akan berhadapan dengan keadaan interaksi yang sebenar sekaligus akan meningkatkan kemungkinan persembahan tingkah laku yang ganas yang dipelajari oleh media itu akan ditunjukkan.Kanak-kanak mungkin akan melihat persamaan antara cerita di televisyen dengan keadaan kehidupan mereka sendiri berbanding dengan orang lain yang jarang menghadapi konflik dalam kehidupan.

Pengaruh perspektif kategori sosial terhadap teori pembelajaran dan pemerhatian boleh digambarkan dengan meneliti tafsiran yang dibuat oleh penyelidikkan bahawa budak perempuan akan mempelajari tindakan agresif daripada pemerhatian watak televisyen seperti juga budak lelaki,tetapi mereka kurang melakukan tindakan agresif.Daripada mengatakan bahawa setiapa budak perempuan menunjukkan tingkah laku kurang agresif berbanding dengan budak lelaki.

Penjelasan bagi tingkah laku yang kurang agresif bagi kanak-kanak perempuan berbanding dengan kanak-kanak lelaki adalah peranan seks wanita dan norma subbudaya terhadap terhadap tingkah laku yang agresif yang dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan kanak-kanak perempuan menunjukka tindakan agresif yang mereka pelajari.

Klapper yang merupakan penggerak utama teori pengukuhan berpendapat bahawa televisyen dan keganasan televisyen dan keganasan media yang lain biasanya tidak menghasilkan kemungkinan kekerasan dalam kalangan khalayak.mereka menggangap norma budaya,nilai,peranan sosial,cirri-ciri personality dan keluarga merupakan penentu tingkah laku ganas dalam kalangan audien.Kanak-kanak dan remaja yang tidak mendapat perhatian yang stabil daripada keluarga mungkin akan terdedah dengan keganasan media.Rancangan televisyen yang berunsur keganasan mungkin memenuhi kekosongan kehidupan kanak-kanak dan remaja hingga mereka menganggap watak televisyen itu sebagai pembimbing tingkah laku mereka.Menurut teori ini,keberangkalian tingkah laku agresif berlaku apabila berlaku perhubungan social yang terganggu dan tidak stabil.

Secara kesimpulannya,beberapa orang penyelidik ‘kesan’ telah menjalankan percubaan dalam beberapa tahun ini.Berbagai-bagai alasan termasuk masalah metodologi kajian masih boleh mempertikaikan teori-teori yang dikemukan oleh ahli penyelidikkan.Mungkin kajian akan dating dapat mengolah kesan jangka pendek dan jangka panjang semasa menonton rancangan media keganasan.Namun hingga kini,kajian tentang keganasan media masih diteruskan.



Perhubungan Awam dan Anda


Hingga kini,masih belum terdapat takrif perhubungan awam yang dianggap sempurna oleh semua pihak.Oleh sebab amalan PR meliputi pelbagai teknik dan kegiatan bagi memajukan imej,maka jumlah takrifan PR juga tidak terhad Walaubagaimanapun,institute Perhubungan Raya Antarabangsa(IPRA) menakrifkan amalan PR sebagai suatu tugas pengurusan yang bersifat berterusan dan terancang yang diusahakan oleh organisasi atau institute awam dan swasta bagi menjalinkan persefahaman ,simpati dan sokongan bagi sesiapa sahaja berkaitan dengan mereka dengan menilai pendapat awam mengenai diri mereka supaya dapat menyelaras seberapa boleh dasar dan peraturan mereka demi mendapat kerjasama yang berhasil serta penyelesaian yang lebih berkesan untuk kebaikan bersama.(Mohd Hamdan Adnan,1993)


Selain itu, Perhubungan awam juga merupakan satu proses pengukuhan imej dan identiti bagi sesebuah organisasi. Komuniti organisasi tersebut mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memastikan bahawa organisasi yang diwakili sentiasa sahaja bergerak secara dinamik dan progresif di samping imej dan identiti organisasi terus terpelihara secara mantap dan harmoni. (http://www.pbbm.org.my)


Fokus kepada pelanggan adalah komitmen yang mendorong peningkatan kualiti, produktiviti dan kejayaan organisasi. Organisasi dikehendaki berusaha untuk respon kepada kehendak dan keperluan pelanggan agar dapat meyakinkan pelanggan bahawa organisasi benar-benar sayang dan perihatin kepada pelanggan. (http://www.pbbm.org.my)


Secara umumnya,perhubungan awam berfungsi sebagai juruteknik komunikasi yang menyediakan kepakaran khas untuk program-program seperti menyediakan newsletter , kenyataan akhbar dan berurusan dengan pihak media. Tugas mereka lebih kepada menerbit dan mengimplementasi program. Keberkesanan tindakan komunikasi dan program bergantung kepada difinisi masalah, buat keputusan yang strategik dan kebolehan penyampaian. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi)


Mereka juga turut berperanan sebagai Pakar Penentu yang bekerja sebagai penguasa ke atas masalah dan penyelesaiannya. Mereka bertindak sebagai penterjemahan dan orang tengah dalam saluran komunikasi terbuka. Mereka mendapat kepercayaan pengurusan atasan dan bertanggunjawab mengenalpasti masalah, membangunkan program dan perlaksanaan program.


Perhubungan awam juga berperanan sebagai pemudah cara komunikasi. Mereka berkhidmat sebagai penghubung, penterjemah dan penyampai antara organisasi dan awam. Mereka terlibat dalam pembuatan keputusan dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan, mengulas pandangan, mendapatkan reaksi dan memperbetulkan keadaan dengan hubungan komunikasi.
Selain itu,mereka turut berperanan sebagai pemudah cara penyelesaian masalah. Mereka berkerjasama dengan pengurus untuk mengenali masalah dan penyelesaian masalah. Fasilitator penyelesai masalah juga menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan perancangan strategik dan mengamalkan proses perhubungan awam seperti kajian, tindakan, komuniksai dan penilaian. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi)
Kebanyakan aktiviti perhubungan awam memerlukan kerjasama dan kadangkala melalui unit organisasi lain seperti kakitangan personel, undang-undang dan pemasaran. Jadi, perhubungan awam professional perlu mempelajari cara dan teknik terbaik untuk menyemai hubungan dengan publik agar profesion tersebut menjadi lebih efektif. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi


Perhubungan awam juga bertindak sebagai penulis dan penyunting. Ini disebabkan maklumat yang jelas dan gaya penulisan yang baik adalah penting bagi kerja-kerja perhubungan awam. Dalam aktiviti berhubung dengan orang lain, bahan bercetak yang meliputi laporan, kenyataan akhbar, brochures, ucapan, video, skrip, artikel majalah perdagangan, maklumat produk dan material teknikal, penerbitan pekerja, newsletter, laporan pemegang saham dan lain-lain merupakan pekakasan yang penting. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai medium komunikasi bagi kedua-dua publik iaitu publik dalaman dan juga publik luaran.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi)
Aktiviti perhubungan awam berperanan mengukuhkan sistem penyebaran bahan berita kepada akhbar, media penyiaran dan penyunting penerbitan perdagangan. Aktiviti berkomunikasi dengan media dilakukan agar berita organisasi diterbitkan. Maka, pengamal perhubungan awam perlu mengetahui bagaimana akhbar dan media lain beroperasi, bidang yang menjadi tumpuan penerbit dan bahan yang menjadi minat penyunting. Selain idea diterima berdasarkan berita dan nilai yang ada, kebolehan membangunkan hubungan dan kerjasama dengan media berita amat berguna bagi kedua-dua pihak pengamal dan media. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi


Perhubungan awam juga bertindak dalam aktiviti penerbitan.Kepelbagaian penerbitan, laporan khas, video dan program multimedia menyediakan banyak ruang untuk berkomunikasi bagi pengamal perhubungan awam http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi. Perhubungan awam turut berperanan dalam menjayakan acara khas.Persidangan akhbar, pameran, perasmian bangunan baru dan sambutan ulang tahun, peraduan dan anugerah, lawatan dan mesyuarat khas adalah sebahagian daripada acara khas yang boleh digunakan untuk meraih perhatian dan penerimaan kumpulan orang ramai. Ia melibatkan perancangan rapi dan kerjasama pelbagai pihak, perincian tindakan, penyediaan buku cenderamata, bahan publisiti dan laporan.


Tugas perhubungan awam selalunya memerlukan kemahiran komunikasi bersemuka iaitu dengan menyediakan ucapan dan menyampaikan ucapan. Pengamal perhubungan awam yang boleh berucap kepada individu atau kumpulan akan memperolehi kelebihan menyampaikan idea berbanding penulisan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi
Aktiviti penting yang perlu dijalankan oleh pengamal perhubungan awam adalah mendapatkan fakta. Ia boleh dilakukan melalui temubual, penyelidikan bahan-bahan perpustakaan dan perbualan informal. Penyelidikan juga boleh melibatkan teknik kaji selidik dan kepakaran, serta mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan pendapat publik. Selepas program lengkap dijalankan, perhubungan awam professional perlu mengkaji keputusan dan penilaian perancangan, perlaksanaan dan keberkesanan program. Pihak pengurusan mengharapkan input yang berguna kepada organisasi melalui penyelidikan dan penilaian yang dilakukan dalam aktiviti perhubungan awam.


Secara kesimpulannya,perhubungan awam merupakan badan yang penting dalam sebuah organisasi dalam merencana kejayaan sesebuh organisasi tersebut


Reaksi Golongan Pemikir Budaya dan politik Tehadap Masyarakat massa


Perkembangan industri di Eropah telah menimbulkan perdebatan di kalangan ahli-ahli pemikir bahawa masyarakat massa wujud disebabkan oleh revolusi industri tersebut. Pertumbuhan kawasan Bandar dan kilang-kilang yang mengeluarkan produk dalam skala yang besar, menyebabkan fenomena penghijrahan manusia ke kawasan Bandar untuk mengubah hidup mereka. ( http://www.scribd.com) Dalam kalangan ahli pemikir,mereka berpendapat bahawa fenomena penghijarahan manusia ke Bandar ini, akan menyebabkan ikatan keluarga menjadi renggan dan ada di antara ahli keluarga yang terpaksa berpisah disebabkan penghijrahan mereka ini.

Segolongan ahli-ahli pemikir juga berpendapat bahawa penghijrahan muda-muda ke Bandar telah menyebabkan ikatan keagamaan semakin longgar. Hal ini disebabkan oleh golongan yang berhijrah ke Bandar ini akan lebih menumpukan terhadap material semata-mata tanpa mempedulikan hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Kesannya, masyarakat yang berhijarah ke bandar ini akan mempunyai nilai kerohanian yang rendah dan hal ini akan menyebabkan institusi social akan menjadi rapuh.(Swingewood, A,1977) Bagi pemikir-pemikir ini, mereka berasa bimbang terhadap anak bangsa mereka pada masa akan datang jika fenomena ini berterusan dan tidak dikawal.

Ekoran daripada hal ini juga, pemikir-pemikir turut melihat bahawa penghijrahan manusia ke Bandar ini akan menyebabkan individu tersebut mudah dipengaruh oleh persekiran mereka. Dalam hal ini, mereka mengandaikan bahawa cara pemakaian atau cara hidup mereka akan berubah disebabkan kehidupan di Bandar berbeza dengan kehidupan mereka sebelum ini (Drs,Deddy Mulyana dan Drs.Jalaluddin Rakmat,80). Perkembangan media massa pada ketika itu antara punca yang menyebabkan individu tersebut mudah dipengaruh Dalam pemahaman ini, mereka berpendapat bahawa media massa mampu untuk membentuk budaya baru yang akan mempengaruhi nilai, fikiran dan tindakan manusia. Di sebabkan hal ini, segolongan pemikir-pemikir berpendapat bahawa masyarakat massa mampu untuk meruntuhkan institusi social dan hal ini akan memberi kesan terhadap generasi akan datang.( Wilbur Schramm and Donald F.Robert,74)

Fenomena ini telah diawasi oleh beberapa kelompok pemikir. Ahli sosiologi seperti de Tocquevilla telah mengemukakan pendapat mengenai teori masyarakat massa. Mereka bersama-sama dengan pengkritik yang lain seperti T.S Elliot dan Leavis telah mengemukakan pendapat bahawa kebudayaan tinggi(high culture) telah diancam oleh kebudayaan yang baru iaitu kebudayaan massa. Bagi mereka, kebudayaan massa ini adalah satu budaya yang mudah diketepikan, bermutu rendah, tidak berguna dan boleh mempengaruhi golongan bawahan. (Wilbur Schramm and Donald F.Robert,342)

Golongan ini juga berpendapat bahawa masyarakat massa adalah bodoh dan tidak mempunyai kuasa. Masyarakat massa sering dipengaruhi oleh media massa yang menyediakan medium untuk mayarakat massa berubah dari kehidupan sebelumnya. Bagi mereka media massa telah berjaya mengubah tingkah laku dan sikap masyarakat massa. Sebelum industri percetakan bermula, media massa hanya dapat di ekses oleh golongna atasan semata-mata. Setelah kemajuan industri percetakan di eropah, golongan bawahan juga turut mampu untuk mengakses terhadap media massa. Perkembangan ini telah menimbulakan kebimbangan terhadap golongan dominant kerana bagi mereka media massa mampu memberi impak negetif terhadap masyarakat.

Bagi pemikir elitis, fenomena penularan masyarakat massa ini, boleh menjejaskan nilai-nilai unggul yang dipegang oleh masyarakat sebelum ini. Mereka mengatakan bahawa budaya masyarakat massa ini merupakan budaya masyarakat rendah. Pengkritik-pengkritik pada abad ini seperti leavis et al. mengatakan budaya tinggi iaitu budaya elit bangsawan telah diancam oleh satu budaya baru iaitu budaya massa. Bagi mereka golongan massa ini dianggap bodoh serta tidak ada kuasa kerana dipengaruhi oleh media massa dan tidak boleh melindungi diri mereka sendiri. Dengan kemajuan industri percetakan, masyarakat dapat mengekses terhadap media massa. Namun bagi golongan pemikir ini, mereka berpendapat bahawa golongan massa tidak begitu pandai menggunakan bahan yang disampaikan oleh media kepada mereka. (Wilbur Schramm and Donald F.Robert,73) Hal ini akan menyebabkan budaya tinggi akan terancam.

Bagi pemikir franfurt school yang merupakan pemikir yang berfahaman maxis, mereka bimbang terhadap golongan pekerja. Mereka merasakan dengan adanya budaya massa, golongan pekerja mudah dipengaruhi oleh golongan majikan atau pemodal. Bagi adorno et al, media massa akan digunakan oleh golongan dominant atau golongan pemodal untuk menindas masyarakat massa. Mereka telah melihat bagaimana media massa telah digunakan di german dan Itali untuk menindas masyarakat massa. Parti Nazi di German pimpinan Adolf Hitler yang suatu masa dahulu gah dengan fahaman perkauman melampau. Begitu juga dengan fahaman Fasisme (iaitu sistem politik ekstrim berhaluan kanan yang bersifat autokratik), gagasan diktator Itali, Benito Mussolini yang menyemai semangat nasionalisme melampau dan memupuk fahaman perkauman ekstrim. Mereka telah menggunakan media massa untuk meyampaikan propaganda mereka dan menindas golongan minoriti. (http://www.harunyahya.com) Bagi franfurt school, penindasan akan dilakukan secara mental. Golongan bangsawan akan mempengaruhi media massa secara mnyeluruh dan akibat secara tidak langsungnya kan mempengaruhi masyarakat massa. Hal ini telah menunjukan bahawa golongan yang berkuasa akan memonopoli media massa akan menindas golongan bawahan ini. Golongan franfurt school menyarankan supaya golongan massa supaya tidak menggunakan media massa supaya mereka tidak muda ditipu dan dimanipulasi.

Bagi liberal pluralist, mereka mempunyai pandangan yang berbeza berbanding dengan 2 pandangan sebelum ini. Mereka berpendapat dengan berlakunya revolusi industri yang pesat, ia merupakan satu proses yang progresif bagi semua orang. Hal ini juga akan menyebabkan system politik demokratik akan menjadi lebih teguh hasil daripada generasi baru yang lebih arif dan bijak. Bagi golongan ini, mereka berpendapat bahawa tidak ada golongan dominant dalam system social tersebut disebabkan terdapat persaingan bebas. Hal ini disebabkan mereka mengandaikan bahawa dengan perkembangan system pendidikan, ia akan meningkatkan jumlah masyarakat yang boleh membaca dan menulis. Apabila masyarakat yang berilmu wujud dalam sesebuah masyarakat, masyarakat akan dapat berfikiran lebih luas serta mempunyai kesedaran yang lebih tinggi.(Wilbur Schramm and Donald F.Robert,225) Bagi mereka, media massa bukan sahaja digunakan untuk tujuan propaganda semata-mata. Bagi mereka masyarakat akan bebas untuk memilih bahan-bahan dari media dan menginterpretasikan dengan cara bijak dan pandai kerana diberi peluang pendidikan. Ia merupakan satu pandangan yang optimistic.

Bagi golongan radikal optimis, mereka melihat masyarakat dari segi kelas. Mereka berpendapat bahawa sesuatu masyarakat itu distrukturkan mengikut system hirarki di mana kelas-kelas dominant mengekploitasi dan mempergunakan kelas-kelas bawahan demi kepentingan kelas dominant. Bagi mereka, dengan adanya media massa, ia akan mengukuhkan kedudukan mereka. Dalam hal ini, mereka mengandaikan bahawa sturuktur masyarakat ini boleh berubah dan tidak stabil. Bagi mereka, masyarakat bawahan mudah dipengaruh oleh media massa dan golongan dominant dapat mengukuhkan kedudukan kuasa mereka.(Swingegood,A,1977)

Apabila kita meninjau keempat-empat pendapat pemikir ini, boleh kita simpulkan bahawa golongan pemikir liberal pluralist lebih bersikap positif terhadap perkembangan masyarakat massa. Mereka lebih memberi pendapat secara rasional apabila mengatakan bahawa masyarakat mampu untuk memilih bahan media secara bijak disebabkan oleh masyarakat sudah mempunyai pendidikan. Dalam hal ini, mereka beranggapan bahawa masyarakat tidak dipengaruhi oleh media seratus peratus dan media massa turut memberi kebaikan terhadap masyarakat apabila masyarakat dapat mengekses terhadap dunia luar.

Dalam kontek Malaysia, kita juga mendapati dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan, masyarakat mampu untuk mengubah hidup mereka dan keluar daripada kelompok kemiskinan. Saya juga turut bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa masyarakat mampu untuk memilih media yang ingin digunakan dan media tidak akan mempengaruhi seratus peratus. Apabila kelompok masyarakat tersebut, mempunyai pendidikan yang tinggi mereka mampu untuk memilih secara rasional dan bijak. Walaupun media di Malaysia turut menyampaikan propaganda kerajaan melalui system rangkaian radio dan tv milik kerajaan, namun mereka masih mempunyai pilihan untuk tidak menonton saluran tersebut dan memilih saluran lain seperti internet yang dilihat lebih demokrasi. (Wilbur Schramm and Donald F.Robert,143)

Seperti isu di Perak, media turut berperanan dalam mengukuhkan hegemoni pemerintah. Dalam hal ini, mungkin 3 kelompok pemikir iaitu elitis, franfurt school dan radikal optimis boleh diambil kira. Mereka mengatakan bahawa media digunakan oleh golongan pemereintah untuk mengukuhkan kuasa mereka. bagi pendapat franfurt school, mereka mengatakan bahawa media digunakan oleh golongan pemerintah untuk menyampaikan propaganda mereka kepada masyarakat. Berbalik pada isu di perak, mungkin pendapat yang diutarakan oleh pemikir-pemikir kelompok fransfurt school itu mempnyai kebenarannya. Jika ditinjau daripada akhbar-akhbar aliran perdana yang dimiliki oleh pihak kerajaan, mereka telah menggunakan isu penderhakaan terhadap sultan sebagai usaha untuk mempengaruhi masyarakat supaya hegemoni dapat diperkukuhkan. Dalam hal ini, pihak dominant atau kerajaan telah menggunakan sepenuhnya media massa untuk menyampaikan propaganda mereka.

Namun begitu jika ditinjau daripada sudut yang berbeza, pemikir-pemikir liberal pluralist lebih rasional untuk menilai masyarakat massa. Berbalik pada isu Perak, walaupun kerajaan telah menggunakan media massa aliran perdana untuk menyampaikan propaganda mereka, namun begitu masyarakat masih boleh untuk tidak menerima propaganda tersebut dengan tidak menggunakan medium kerajaan sebagai saluran mereka. Masyarakat boleh menggunakan internet sebagai sumber maklumat mereka kerana maklumat di internet lebih bersifat demokratik dan tidak menyebelah mana-mana pihak. Dengan perkembangan saluran komunikasi iaitu internet, masyarakat mampu untuk mengekses terhadap blog-blog yang dimilik secara personal atau dimiliki oleh organisasi politik pembakang. Jika diteliti, liberal pluralist turut mengatakan bahawa masyarakat boleh menilai secara bijak disebabkan oleh pendidikan yang diterima oleh masyarakat.

Walaupun masyarakat tidak dapat mengekses terhadap internet, mereka masih mampu untuk mendapatkan maklumat daripada akhbar-akhbar pembangkang yang semestinya memberi berita yang berbeza daripadda perspektif golongan pemerintah. Jadi masyarakat masih mampu untuk menganalisis situasi yang berlaku di perak. Dengan perkembangan industri samaada perkilangan atau percetakan, masyarakat mampu untuk berfikir di luar kotak fikiran dan semestinya media tidak mampu untuk mempengaruhi masyarakat seratus peratus. Hal ini memberikan gambaran bahawa kemunculan perkembangan teknologi telah memberi kebebasan kepada masyarakat dan ia juga turut memberi efek terhadap system social masyarakat.

Namun begitu, bagi kelompok pemikir elitis, mereka berasa bimbang disebabkan kemunculan media massa yang akan menyebarkan budaya massa. Hal ini akan menyebabkan budaya tinggi akan terancam. Namun begitu, jika kita analisis secara mendalam, golongan kelompok pemikir elitis terdiri daripada kelompok golongan dominant. Secara realitinya, apabila masyarakat dapat mengekses terhadap media massa dan masyarakat telah mendapat pendidikan, mereka mungkin akan berasa bimbang kedudukan mereka akan tergugat. Mereka berasa bimbang jika ia akan menghakis budaya asal mereka dengan menanam perasaan setia terhadap golongan pemimpin. Mereka berasa bimbang, jika penularan bahan-bahan media ini mampu mengubah tidakan dan fikiran masyarakat. Jika ditinjau dalam kontek Malaysia, golongan dominant atau pemerintah telah banyak mengawal bahan media dengan memperkenalkan akta media cetak dan akta komunikasi dan multimedia (www.skmm.gov.my) supaya media tidak sewenang-wenangnya menyampaikan berita. Dalam hal ini, jika dilihat secara rasional, pihak dominant mungkin berusaha untuk mengekalkan kuasa mereka dalam masyarakat kerana mereka percaya bahawa media turut memberi kesan negetif

Jika kita lihat melalui perspektif ini, pemikir elitis juga turut mengatakan bahawa masyarakat bodoh dan mudah dipengaruhi. Namun begitu, jika ditinjau masyarakat sebenarnya tidak bodoh dan tidak mudah terpengaruh seratus peratus terhadap media massa jika sesebuah masyarakat tersebut mempunyai pendidikan. Jadi aliran pemikir elitis ini, lebih bertujuan untuk mengekalkan kuasa yang dimiliki oleh pihak dominant supaya masyarakat tidak memberontak.

Jika ditinjau secara menyeluruh, saya lebih yakin bahawa media massa tidak mempengaruhi masyarakat sepenuhnya. Saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh pemikir liberal pluralis yang lebih bersikap positif terhadap perkembang industri perkilangan yang memberi anjakan kepada masyarakat untuk mengubah kehidupan mereka.

Dengan adanya masyarakat yang berilmu, mereka tidak mudah ditindas dan dipengaruh oleh media massa secara sepenuhnya. Mereka masih mampu menilai dan bertindak bijak dalam menganalis sesuatu isu. Walaupun media massa telah digunakan untuk menyampaikan propaganda kerajaan tetapi masyarakt masih mampu menilai dengan pendidikan yang dimiliki oleh mereka.