Thursday, November 12, 2009
Monday, November 9, 2009
kelantan....kelantan
Dalam Stadium
masuk stadium...
:(
sedih-sedih
* Walaupun x semua kerja di atas dilakukan oleh penyokong kelantan tetapi kebnyakn media bersikap bias dengan menuduh sikap penyokong kelantan
walaubagaimanapun yang kelakarnya
...........jurukamera RTM dilastik dengan batu dikepalanya menyebabkan kepalanya terpaksa dibalut
..........pintu pagar stadium berjaya dirobohkan dan wartawan mengajukan soalan kepada pihak pengurusan stadium samaada pembinaan mengikut spesifikasi atau tidak.
............................................................................................................................................................................
bila kelantan mengamuk...
'Kelakuan sangat luar biasa'
KUALA LUMPUR - Tidak mahu menuding jari kepada sesiapa dan menganggap apa yang berlaku di luar kawalan itulah kenyataan yang diberikan oleh Kompleks Sukan Negara (KSN) mengenai insiden yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan semalam.
Pengerusi KSN, Datuk Mohd. Said Yusof berkata, insiden tercetus di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin tidak sepatutnya berlaku tetapi penyokong begitu terikut-ikut dengan emosi mereka.
"Menurut laporan yang diterima dari pegawai kerugian mungkin dianggarkan antara RM70,000 hingga RM80,000, ia secara kasar belum lagi anggaran yang sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Jelasnya, antara bahagian yang mengalami kerosakan ialah pintu pagar, trek, kerusi dan pokok hiasan.
Ditanya sama ada pagar stadium yang berjaya dirobohkan oleh penyokong Kelantan tidak mengikut klasifikasi keselamatan yang betul, Mohd. Said menafikannya dan menganggap perkara itu sangat luar biasa.
"Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku walaupun sekukuh mana pagar itu dibina, kalau ditolak dan terlampau ramai, ia boleh roboh.
"Kami tidak mampu berbuat apa-apa dengan keadaan yang sangat luar biasa dan tidak terkawal, memang stadium ini dibina untuk perlawanan bola sepak serta kejohanan yang besar," katanya.
Said berkata, kehadiran penonton yang ramai bukan penyebab berlakunya insiden yang tidak diingini serta sukar dikawal kerana stadium tersebut boleh menampung lebih dari jumlah semalam iaitu 100,000 orang.
Bila aku baca berita ni kat utusan on9, rs kelakar je..ade ke patut ckp pagar x ikut klasifikasi. hebatnya orang kelantan..huhu. Pagar, kerusi, bendera, n padang semua dia rosak.
moral value
* jgn fanatik sgt. cam kat facebook pon de yang kutuk2 orang2 kelantan. diorang ckp kelantan ni cam kena timpa bala jer sbb ckp beria-ria sgt sebelum ni. N9 senyap jer. org ckp n9 underdog tp sebaliknya terjadi. orang cakap kelantan balik tangan kosong pastubila balik kg lak timpa bnjir ..penyokong diorg plak mmg dah berhabis bnyak duit sbb nk p bukit jalil. jauh tu
*Satu lagi tu...korang buat rosak hrta benda tu memalukan org kelantan jer. kat paper pon ckp korang liar. Pdahal sedikit jer yg berpelakuan cam tu..tp bila dah jd camni, org akan mengeneralisasikan org kelantan liar..malu la weh...
*Sebelum ni aku de tengok ulasan bola sepak kul 12.30am kat tv1. tp lupa tajuk dia...Ade peminat kelantan call ckp FAM selalu amik tindakan kat kafa padahal peminat negeri lain pon ganas camtu gak...so final malysiacup sesi 2009 ni boleh dijadikan bukti lah samaada betul ke tak tindakan FAM tu..huhu....
:)